Latar belakang Perlanggaran LRT Kelana Jaya 2021

Fasa awal laluan Kelana Jaya telah disiapkan pada tahun 1998. Laluan LRT Kelana Jaya merupakan laluan transit rel yang kelima dan juga sistem rel automatik sepenuhnya tanpa pemandu pertama di kawasan Lembah Klang serta merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang. Dengan perkhidmatan di 37 stesen, laluan ini mempunyai sistem trek bertingkat sejauh 46.4 km yang bergerak di laluan bawah tanah dan jejambat. Dahulunya dikenali sebagai PUTRA LRT, ia kini dikendalikan oleh Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia. Laluan ini dinamakan sempena bekas terminalnya, stesen Kelana Jaya. Laluan tersebut bernombor 5 dan berwarna merah delima di peta transit rasmi. Bahagian yang berlakunya kemalangan tersebut terletak di bawah tanah dan sebahagian daripada sambungan ke stesen LRT Gombak yang dibuka pada tahun 1999.

Laluan tersebut menggunakan sistem Bombardier Innovia Metro, iaitu LRT tanpa pemandu yang beroperasi menggunakan gred pengautomatan tahap 4 (GoA-4). Ketika kejadian ini, salah sebuah tren yang terlibat (tren Bombardier Innovia Metro nombor 81) membawa 213 orang penumpang dari Stesen LRT KLCC ke arah Stesen LRT Gombak, manakala yang sebuah lagi (tren Bombardier Innovia Metro nombor 40) sedang menjalani pandu uji dan dipandu secara manual.[2][3]

Dua buah tren itu ialah Bombardier Innovia Metro 200 empat gerabak yang dibina pada tahun 2009 (tren nombor 40) dan Bombardier Innovia Metro 300 empat gerabak yang dibina pada tahun 2017 (tren nombor 81).

Rujukan

WikiPedia: Perlanggaran LRT Kelana Jaya 2021 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/47-para... https://www.bernama.com/en/news.php?id=1964792#:~:... https://www.bernama.com/en/news.php?id=1964794 https://www.channelnewsasia.com/news/asia/2-lrt-tr... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/25... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/25... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/26... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/26... https://malaysiadateline.com/47-mangsa-cedera-para...